Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MCA Keningau sokong penuh Musa terus pimpin Sabah

sokongmusa

KENINGAU: MCA Bahagian Keningau menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman untuk terus memimpin negeri ini, kata Ketua Bahagian parti itu, Jack Chin di sini.

Katanya, sejak pimpinan Musa, banyak transformasi yang telah merubah Sabah sebagai salah sebuah negeri yang maju di Negara ini.

“Pimpinan parti termasuk cawangan- cawangan MCA di bahagian ini terus menaruh keyakinan kepimpinan Ketua Menteri yang berkemampuan membangunkan negeri terutama sekali mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang terus kukuh,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan parti itu di sini baru-baru ini.

Beliau juga berharap agar masyarakat Tionghua di daerah ini terus memberi sokongan padu kepada pimpinan negeri sekarang, terutama sekali Ketua Menteri .

Menurut beliau, di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), banyak bantuan yang diberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, rumah-rumah ibadat selain bantuan persekolahan yang turut dinikmati oleh kaum ini.

“Bagi saya, kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak begitu prihatin terhadap pemasalahan rakyat terdiri pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini.

“Saya berharap agar sokongan padu kepada pimpinan kerajaan BN di peringkat Negeri dan Persekutuan terus kukuh dan ditingkatkan lagi dalam usaha kita untuk terus hidup dalam keadaan yang aman, harmoni dan muhibbah selaras dengan gagasan 1 Malaysia,” katanya.

 

Pada masa yang sama, Jack juga meminta rakyat masyarakat Tionghua di kawasan Parlimen Keningau agar terus menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau percaya hanya melalui BN sahaja nasib dan masa depan masyarakat itu lebih terbela selain pelbagai pembangunan turut dinikmati.

“Saya percaya kawasan Bingkor di mana calon BN kalah pada pilihan raya lalu boleh diperolehi semula pada Pilihan Raya Umum akan datang asalkan ahli-ahli komponen BN di kawasan ini bersatu dan bekerjasama bagi menyakinkan rakyat termasuk masyarakat Tionghua tentang kebaikan yang dibawa oleh BN,” jelasnya.

Seramai 58 perwakilan dari 12 cawangan parti itu termasuk Ahli Majlis Tertinggi MCA Pusat, Datuk Paul Kong, Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita dan Pemuda hadir pada mesyuarat agung itu

Komen


Berita Berkaitan