Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MCA anjur majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina 2016

Untitled

KOTA KINABALU- Persatuan Cina Malaysia (MCA) anjur Majlis Rumah Terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 9 Februari depan di dewan serbaguna, Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu.

Pengerusi penganjur majlis tersebut, Datuk Francis Goh menjemput orang awam untuk datang ke majlis rumah terbuka bersama ahli keluarga dan sahabat handai mereka. Majlis tersebut bermula dari jam 10 pagi sehingga 1 petang pada hari tersebut.

Selain itu, Francis turut menyatakan bahawa perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut oleh semua rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan agama. Beliau juga berkata bahawa makan tengah hari akan disediakan semasa majlis tersebut.

Disamping itu, aktiviti seperti persembahan tarian singa, menyanyi dan menari, dan pertunjukan silap mata antarabangsa serta ‘Angpow’ bernilai RM10 akan diberikan kepada setiap kanak-kanak dan warga emas.

Bersempena majlis tersebut, TYT Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman turut dijemput hadir untuk meraikan perayaan tersebut bersama masyarakat setempat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan