Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mc Royce dominasi Kumite 75 KG

JOHAN…Mc Royce dengan pingat kemenangannya.​

Sandakan : Karate Sukan Sabah (SAGA) VIII yang masuk hari kedua pada hari ini, menyaksikan Kumite ​Kategori ​75 kg Lelaki ​yang didominasi peserta dari Putatan, Mc Royce Donovon Dagul​, 18, yang meraih pingat emas.

Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan​ itu menewaskan Damie​​n Godfrey (Penampang)​ yang terpaksa akur sebagai naib johan, sementara Muhammad Amirul Kahimi Abdullah (Sandakan) dan Whaledent Joe Walter (Kinabatangan) masing-masing ​mendapat pingat perak dan gangsa.

​Dalam perlawanan akhir petang tadi, Kumite ​68 kg Wanita diungguli Racheal Joe dari Tenom yang meraih pingat emas, Cornelia Jukip (Papar) perak serta gangsa dimenangi Kong Yi Theng (Sandakan) dan Danieala Padas (Tuaran).

Sementara itu, dalam kumite 67 kg Lelaki​, ​Berryl Ashley Blantocas (Putatan) memenangi pingat emas, diikuti Ethanjohn Lojitan (Penampang) pingat perak dan Junior Henry (Papar) menerima pingat gangsa​.​

Pingat disampaikan Pengarah Majlis Sukan Sabah, Terrance Edward Pudin di Dewan Sri Libaran, pada jam 3​.30​ petang ​Isnin.​

Terrance turut meyampaikan pingat bagi acara ​K​umite 61 kg Wanita yang di​raih Alviany Yantoni (Kota Belud) ​dengan pingat​ emas, Arnie Abdullah (Nabawan) perak dan Venesa Ann Ervon (Putatan) dan Kruta Wong Vener (Tenom) yang menedapat pingat gangsa./Penerangan-

KENANGAN…Mc Royce (tiga dari kiri) dan Damien (dua dari kiri) bergambar bersama para pemenang lain serta dua pengadil perlawanan tersebut.​

Komen


Berita Berkaitan