Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MBSS komited memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini

6:05pm 02/11/2016 Leolerry Lajius 9 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Arifin (kiri) menerima cenderamata daripada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain (kanan).

Arifin (kiri) menerima cenderamata daripada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah Jasni Matlani. 

KOTA KINABALU; Usaha untuk mengaktifkan semula Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBSS) akan di teruskan bagi memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif, berkata MBSS memainkan peranan penting dalam membantu badan-badan penulis melalui penganjuran program dan bengkel bergerak bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini.

“Ahli MBSS dilantik oleh kerajaan negeri dengan watikah perlantikannya ditandatangani oleh Ketua Menteri dan setakat ini terdapat 12 orang ahli yang dianggotai oleh penulis-penulis di negeri ini,”katanya

Beliau berkata demikian kepada media ketika Majlis Pelancaran Sayembara Menulis Puisi Islam Peringkat Asean Ke-2 sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-6, di sini, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi MBSS, turut menyatakan bahawa pertubuhan ini mampu memartabatkan sastera dan bahasa di negeri ini kerana program-program yang dianjurkan akan diselaraskan oleh oleh DBP dan badan-badan bahasa.

Berucap sempena majlis berkenaan, beliau yakin penganjuran Mahrajan tidak mustahil akan menjadi salah satu program yang berprestij dan setanding dengan negara-negara lain.

“Program seumpama ini merupakan salah satu platfrom terbaik untuk mengetengahkan penulis-penulis yang berbakat dan selepas ini kita juga akan menganjurkan pertandingan Khat Asea,”katanya.Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan