Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MBS sepakat tolak ekstremism dalam program anjurannya

nourman

KOTA KINABALU – Majlis Belia Sabah (MBS) dan 13 Ahli Gabungannya akan mendokong komitmen yang lebih dalam menambah nilai program anjurannya bagi memastikan ia memberi impak meluas dan menjangkau ke seluruh negeri.

Presidennya, Nourman Ryan Awang Zaini berkata, bagi penggal ini MBS akan memberi fokus utama dalam mengarusperdanakan lebih ramai golongan belia melalui penubuhan Majlis Belia Daerah di seluruh negeri.

“Kami berterima kasih kepada pemimpin pertubuhan belia di seluruh negeri yang terus komited elama ini dan sentiasa memberi khidmat dalam kesabaran dan keikhlasan menjalankan tugas.

“MBS telah menyelesaikan perundingan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) berhubung penubuhan MDB di Sabah dan diharapkan isu ini akan dapat diselesaikan dalam tmepoh saya menggalas tugas selaku Presien MBS,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah (PMPBNS) di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Nourman turut menyentuh beberapa perkara isu berkaitan seperti perpaduan dan ekstremism.

Katanya, rakyat terutama belia harus berbangga dengan penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini kerana ia merupakan cerminan sebenar amalan konsep 1Malaysia.

“Kami mendokong aspirasi Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang menyarankan agar program belia anjuran MBS dan badan gabungannya di Sabah bersifat merentasi sempadan kaum, agama dan fahaman politik,” ujarnya.

Mengenai ekstremism, beliau berkata, belum ada kes besar radikal membabitkan belia di negeri ini dan MBS menekankan anjuran penolakan terhadap ekstremism melalui setiap program MBS. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan