Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MBS dan badan gabungannya terima durian runtuh dari kerajaan negeri

Tawfiq Abu Bakar Titingan bersama dengan MBS dan persatuan gabungannya dalam majlis penyerahan geran di KBS, pagi tadi. - foto Jimmy Tan
Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) bersama dengan ahli MBS dan persatuan gabungannya dalam majlis penyerahan geran di KBS, pagi tadi. – foto Jimmy Tan

KOTA KINABALU – Sebanyak 14 buah persatuan belia di negeri ini menerima sebanyak RM2.190 juta daripada RM3.45 juta geran peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan Sabah pada tahun ini.

Geran tersebut diberikan kepada persatuan berkenaan yang merupakan Ahli Gabungan Majlis Belia Sabah (MBS) dan persatuan yang bernaung di bawah MBS Sabah.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyifatkan, MBS dan gabungannya bertuah kerana masih menerima sejumlah geran peruntukan yang besar bagi tujuan pembangunan belia daripada kerajaan negeri.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini, peruntukan yang mereka dapat tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman juga mengekalkan Bajet 2015 yang telah dibentangkan.

“Sehubungan itu, kita mahu agar program yang dilaksanakan oleh MBS mempunyai intipati yang ingin disampaikan kepada kumpulan sasaran, bukan sekadar menjadi pelaksana,” kata ucapan dan amanat kepada MBS dan Gabungannya selepas majlis penyerahan geran peruntukan di kementerian itu, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, MBS menerima geran sebanyak RM850,000 tahun ini iaitu kenaikan berjumlah lima peratus bagi menampung perbelanjaan program dalam kalangan ahli gabungannya.

“Secara keseluruhannya, terdapat peningkatkan sebanyak lina hingga 25 peratus dalam agihan geran peruntukan yang diterima MBS dan badan gabungannya pada tahun ini,” ujarnya.

Tawfiq menambah, kementeriannya meletakkan sasaran untuk menganjurkan sebanyak 1,700 program berimpak besar pada tahun ini melibatkan 1,100 aktiviti akan dikendalikan oleh MBS manakala 600 oleh KBS.

Katanya, kementerian itu diberi kepercayaan oleh Kabinet negeri sebagai penganjur bagi sambutan Harijadi Yang Dipertua Negeri Sabah pada tahun ini. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan