Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MBP masyarakat Sabah di Semenanjung

5:22pm 16/06/2016 Leolerry Lajius 32 views Tempatan
Jainab(tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena program berkenaan.

Jainab(tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena program berkenaan.

Shah Alam: Sebanyak 200 masyarakat Sabah di Semenanjung diraikan dalam Majlis Buka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Sabah.

Masyarakat Sabah yang bekerja di Semenanjung diraikan bagi mengenang mereka yang jauh daripada keluarga di Sabah, sanggup berjauhan daripada ahli keluarga demi memberi khidmat bakti kepada pembangunan negara.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid adalah penganjur kepada program ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marhaban mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, Adun Sekong, Datuk Syamsuddin Yahya, Datuk Yeo Boon Hai dan ramai lagi.

Jainab berharap dengan adanya program ini akan mengeratkan silaturahim antara masyarakat Sabah dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

“Program ini adalah mengeratkan silaturahim antara masyarakat dengan pemimpin di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak,”katanya.

Jainab juga menasihatkan masyarakat Sabah agar menjaga kelakuan dan adab apabila berada di tempat orang.

“Ikut adab resam masyarakat orang akan memberikan keamanan dan perpaduan walaupun hidup di negeri orang,” Kata Jainab.

Beliau juga menyarankan sekiranya masyarakat Sabah di Semenanjung menghadapi masalah boleh menghubungi Rumah Sabah untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan.

Antara Persatuan yang hadir, Persatuan Qaseh Bomba, Kimaragang, Momogun, Rumah Sabah dan Yayasan Sabah./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan