Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maysak lemah ketika landa Filipina

SEKUMPULAN penduduk di pulau San Ildefonso di wilayah Aurora membawa bekalan makanan yang diedarkan sebagai persediaan menghadapi ribut Maysak semalam
SEKUMPULAN penduduk di pulau San Ildefonso di wilayah Aurora membawa bekalan makanan yang diedarkan sebagai persediaan menghadapi ribut Maysak semalam

Manila: Ribut tropika Maysak semakin melemah sebelum melanda timur laut Filipina semalam tetapi tetap menyebabkan pelancong di beberapa buah resort dipindahkan.

Ketua agensi bantuan bencana, Alexander Pama memuji kerjasama orang awam yang menjauhi kawasan pantai dan resort pelancongan tepi laut.

Maysak membawa hujan lebat dan ombak besar tetapi tiada sebarang korban berkaitan ribut itu dilaporkan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Pejabat Pertahanan Awam melaporkan, tiga lelaki mati lemas di pantai dan di sungai dalam kejadian berasingan di wilayah Cagayan pada Jumaat dan kelmarin.

Bagaimanapun, Pama memberitahu pihaknya masih cuba memastikan sama ada kejadian itu berpunca daripada ribut Maysak atau tidak.

“Saya gembira memberitahu sehingga kini Maysak tidak meragut sebarang nyawa tetapi ia terlalu awal untuk dipastikan,” katanya, semalam.

Maysak yang sebelum ini dikategorikan sebagai taufan super menyebabkan empat orang maut dan memusnahkan beratus-ratus rumah ketika membadai kepulauan Micronesia.

Walaupun kekuatan Maysak diturunkan kepada kategori ribut tetapi pihak berkuasa Filipina tetap memindahkan beribu-ribu penduduk kerana bimbang ia mungkin menambah kekuatan semula.

Banyak stesen televisyen dan radio Filipina tidak menutup operasi mereka sempena perayaan Easter bagi melaporkan mengenai Maysak. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan