Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayor bakal membentuk satu jawatankuasa bersama NGO

Yeo (kanan) bersama ahli DBKK membersihkan parit besar diantara Hotel Sutera Harbour dan KK Times Square, disini, hari ini
Yeo (kanan) bersama ahli DBKK membersihkan parit besar diantara Hotel Sutera Harbour dan KK Times Square, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai akan membentuk satu jawatankuasa khas bersama Badan bukan Kerajaan (NGO) dalam memastikan kebersihan bandaraya tersebut.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua NGO untuk menyertai program gotong royong anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang akan dijalankan pada setiap minggu di sekitar kawasan kampung atas air di daerah tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Program Gotong Royong Bersepadu Pembersihan Parit Besar antara Sutera Harbour dan KK Times Square, disini, hari ini.

Katanya, pihak DBKK akan menitikberatkan sistem kutipan sampah di setiap perkampungan atas air di daerah ini.

“kami akan melaksanakan satu sistem ‘Paradigm Shift’ dimana kita akan turun ke sesebuah kampung… dan memungut sampah mereka agar dapat menghindarkan mereka dari membuang sampah-sampah tersebut ke dalam air”, ujar beliau.

Disamping itu, beliau turut menyeru kepada masyarakat setempat agar lebih menumpukan kepada sistem pembuangan sampah yang lebih teratur.

“Jika aktiviti pembuangan sampah itu dikawal, peruntukan yang sedia ada boleh digunakan bagi mencantikan daerah ini, meningkatkan keselamatan, menyediakan lebih banyak lampu jalan dan jalan raya yang lebih baik”, katanya.

Terdahulu, Pihak DBKK melaksanakan beberapa program gotong royong di kawasan Masjid Bandaraya Likas dan Pantai Tanjung Lipat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Yeo semasa ditemu bual oleh para wartawan
Yeo semasa ditemu bual oleh para wartawan

Komen


Berita Berkaitan