Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayor alu-alukan pembukaan perniagaan baru dan pelaburan dari Amerika Syarikat

6:53pm 07/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 0 views Tempatan
Abidin (tengah) bersama dengan Joseph (tengah kanan) dan para delegasi dari Amerika Syarikat dan Portland, Oregon

Abidin (tengah) bersama dengan Joseph (tengah kanan) dan para delegasi dari Amerika Syarikat dan Portland, Oregon. Foto Oleh Jimmy Tan/SayangSabah

 

KOTA KINABALU- Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir mengalu- alukan para delegasi dari Portland untuk melabur dan membuka perniagaan di negeri ini.

Menurut Abidin, kedatangan Duta Besar Amerika Syarikat, Joseph Yun dan para delegasi dari Portland ke negeri ini pada kali ini merupakan hasil daripada jalinan persahabatan diantara Portland dan Kota Kinabalu yang diwujudkan sejak 29 September, 2014 di Portland, Oregon.

“Disini saya ingin menyatakan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Presiden Persatuan Portland- Kota Kinabalu, Ellen Schmidt- Devlin atas usaha beliau bagi mewujudkan jalinan persahabatan antara Portland dan Kota Kinabalu.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan makan tengah hari bersama Duta besar dan para delegasi dari Portland, di Hotel Shangri- La Tanjung Aru, di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Joseph berkata pihak mereka telah memilih Sabah untuk menjalinkan kerjasama diplomatik kerana terdapat banyak persamaan di antara Sabah dan Oregon.

“Diantara persamaan antara kedua-dua buah tempat ini adalah dari segi cara layanan masyarakat setempat dimana mereka sangat mengalu- alukan kedatangan orang luar dengan baik. Disamping itu, tahap kemajuan pembangunan di Sabah setanding dengan keprogresifan pembangunan di Oregon”, kata Joseph.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Bandar Metro, Portland, Oregon, Tom Hughes, Presiden Kerjasama Oregon Sabah merangkap Presiden Susanne Hashim Developement Consulting, Susanne Hashim, Pengarah Besar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan para delegasi dari kedutaan Amerika Syarikat dan Portland, Oregon. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan