Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maybank Nafi Kenakan Caj Gagal Tukar Kad ATM Lama

maybank1

Sejak semua pemegang kad bank perlu menukar kad mereka sebelum 31 Disember 2016 ini, pelbagai mesej yang diterima termasuk dakwaan pihak bank akan mengenakan caj tambahan dan sebagainya.

Ianya viral di media sosial kononnya bagi pemegang kad Debit bank Maybank, Cimb, RHB, dan BSN yang gagal menukar kad mereka sebelum hujung tahun ini, mereka akan dikenakan caj RM12.70 oleh pihak bank.

maybank2

Bagaimanapun, Maybank dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook menafikan akan mengenakan penalti kepada pelanggannya jika tidak menukar kepada kad Debit yang baru.

“Untuk makluman pengguna Maybank, sebarang mesej dan posting di FB berhubung penalti RM12.70 yang akan dikenakan kepada pemegang kad yang gagal menukar kad mereka adalah tidak benar dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak Maybank.

“Jika ada menerima mesej tersebut, sila abaikan,” katanya.

Maybank menjelaskan, pihaknya menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember bagi mengelakkan kesulitan terutamanya pada musim perayaan.

Tambahnya, tiada sebarang caj akan dikenakan untuk penggantian kad kali pertama.

Menurutnya, tarikh akhir penukaran kad ATM yang lama kepada kad MyDebit adalah pada 31 Disember 2016 dan selepas tarikh tersebut penggunaan kad akan terjejas dalam urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay bermula 1 Januari tahun depan.

Maybank menasihatkan pemegang kad untuk segera menukar kad mereka melalui Maybank2u, Debit Card Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

“Pelanggan boleh merujuk laman web kami di www.maybank2u.com.my untuk maklumat terkini mengenai semua produk dan perkhidmatan kami, termasuk penggantian kad,” katanya.- mynewshub

Komen


Berita Berkaitan