Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat warga Korea ditemui dalam rumah

ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki warga Korea Selatan yang ditemui dalam bilik di sebuah rumah di Batu 2 1/2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. – Foto Ihsan Polis

 

KOTA KINABALU: Bau busuk dari sebuah bilik membawa kepada penemuan mayat lelaki warga Korea Selatan di sebuah rumah di Batu 2 1/2, Jalan Tuaran, dekat sini, semalam.

Mayat Moon Sok Jin, 46, ditemui pembantu rumahnya dalam keadaan terduduk di tepi almari serta tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang pada kira-kira jam 8 pagi.

Difahamkan, pembantu rumah melihat majikannya kali terakhir pada Jumaat lalu dan dalam keadaan sihat.

Pembantu rumah itu dikatakan hanya datang ke rumah majikannya dua hari dalam seminggu dan dia datang semula pada hari kejadian untuk bekerja seperti biasa.

Ketika mengemas, wanita itu hairan kerana menghidu bau busuk dari arah bilik mangsa dan terkejut apabila mendapati majikannya terduduk di tepi almari dalam keadaan berbau busuk.

Difahamkan, lelaki terbabit tinggal di rumah itu bersama isteri dan dua anaknya namun mereka telah pulang ke Korea Selatan, dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.44 pagi daripada orang awam melalui talian kecemasan 999.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan luka pada tubuh lelaki terbabit dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. –¬†Oleh Norasikin Daineh/BH Online

Komen


Berita Berkaitan