Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat warga emas ditemui di kawasan kebakaran kebun

Kedaan mayat mangsa dalam kejadian tersebut yang terdapat kesan terbakar.
Kedaan mayat mangsa dalam kejadian tersebut yang terdapat kesan terbakar.

KOTA BELUD: Mayat seorang wanita warga emas berusia 79 tahun dengan kesan terbakar ditemui dalam kejadian kebakaran kebun di Kampung Purak Kogis, di sini, petang kelmarin.

Mangsa Yagoi Binti Golok telah dijumpai oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dalam kejadian yang melibatkan kebakaran kawasan kebun seluas 6 ekar.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.02 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 30 kilometer itu pada jam 1.50 petang.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Rozlan Osman bersama 5 anggota yang lain terkawal pada jam 1.52 petang. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG-20160323-WA0001

Komen


Berita Berkaitan