Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat warga emas ditemui di hotel

6:49pm 10/07/2016 Leolerry Lajius 2938 views Tempatan

D94C7651_2B6F_34AB_557C_E86818AEB90A_thumb

KOTA KINABALU: Mayat seorang warga emas ditemui terbaring di salah sebuah hotel di sini, pagi tadi.

Mangsa Manjor Mastan @ Mohammad Manjor, 62, merupakan seorang ahli perniagaan ditemui terbaring di bilik hotel berkenaan yang dipercayai punca kematian adalah disebabkan sakit jantung.

Siasatan awal mendapati maklumat telah diterima daripada pekerja bahagian pengawal keselamatan, di mana mangsa menginap seorang diri telah di temui terbaring di tepi katil dan di percayai telah meninggal dunia.

Pemeriksaan awal di bahagian luar badan mangsa, tiada kesan kecederaan di temui dan keadaan bilik hotel tiada kesan diceroboh dan barang-barang peribadi mangsa seperti laptop, IPAD, jam tangan dan beg duit berada dalam keadaan baik di dalam bilik berkenaan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan