Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat wanita tanpa pakaian di taman

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang wanita tanpa pakaian yang ditemui di kawasan taman di Jalan Tugu, di Kota Kinabalu. – NSTP/JUNAIDI LADJANA.

 

Kota Kinabalu: Seorang ibu yang membawa dua anak perempuan bersantai di laluan pejalan kaki berdekatan kawasan taman di Jalan Tugu di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat wanita tanpa pakaian, malam tadi.

Mayat wanita belum dikenal pasti identiti itu ditemui Asnah Janan, 41, pada jam 8 malam sebelum meminta bantuan pekerja sebuah stesen minyak berdekatan untuk menghubungi polis.

Asnah berkata, ketika duduk di kerusi berdekatan di laluan pejalan kaki, beliau terkejut melihat wanita terbaring tanpa pakaian.

“Saya curiga lalu mendekati dan menghulurkan tangan dekat hidung wanita itu dan tiada tindak balas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Susulan itu, Asnah meminta bantuan beberapa pekerja stesen minyak berhampiran sebelum polis tiba dan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mayat belum dikenal pasti identiti itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HEQ) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan