Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat wanita, kenderaan terjunam dalam sungai ditemui

11:27am 03/08/2016 Leolerry Lajius 4293 views Tempatan
IMG-20160803-WA0000

Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa.-Gambar oleh Pihak Bomba

PAPAR: Mayat seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Papar, di Jalan Melugus, Taman Sayang yang berlaku pada 31 Julai yang lalu, ditemui penduduk kampung pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada hari kejadian, pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dipercayai dipandu Rohani Samsudin, 50-an dikatakan gagal dikawal sebelum terhumban ke sungai berkenaan.

Saksi di lokasi kejadian mendakwa mangsa kemungkinan tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan U di hujung jalan berhampiran sungai.

Mangsa telah dijumpai pada jam 10.00 pagi oleh penduduk kampung di muara sungai Bundusan dan Pasukan Bomba tiba di lokasi mangsa ditemui pada jam 10.10 pagi untuk mengambil mangsa dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis pada jam 10.17 pagi untuk tindakan lanjut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan