Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Perairan Pulau Nunuyan

7:05pm 02/01/2016 Pak Roshan 230 views Tempatan

lemas

SANDAKAN – Mayat seorang wanita ditemui terapung di laut berhampiran Pulau Nunuyan Laut di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata mayat itu ditemui kira-kira 7 pagi oleh seorang penduduk Pulau Nunuyan yang sedang menaiki bot, lalu menarik mayat itu hingga berdekatan Pos Pasukan Gerakan Am di pulau itu.

“Ketika ditemui, mayat itu memakai seluar pendek paras lutut berwarna coklat dan bercoli hitam. Tiada pengenalan diri ditemui, dia dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an,” katanya di sini, hari ini.

Mayat itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Zabidi berkata pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran pada mayat itu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan