Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat wanita ditemui terapung di laut

terapung

SEMPORNA: Mayat seorang wanita dengan kesan jerut di leher dijumpai terapung di perairan Kampung Salimbangun di sini kira-kira 7 kilometer dari Pekan Semporna pada Sabtu.

Seorang saudara mangsa yang tidak mahu dikenali memberitahu bahawa mayat tersebut tahun memberitahu ibunya telah diikat dan dijerut leher.

Menurutnya mangsa yang dikenali sebagai Siti Maada Pandita berusia 30an dan mempunyai dua orang anak menjalankan perniagaan kedai runcit sendiri dan suami mangsa dipercayai kini sedang berada dalam penjara.

“Anak mangsa datang ke rumah dan memberitahu ibunya telah dijerut leher dan dibuang ke laut selepas dipukul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Jenayah Negeri SAC Omar Mammah ketika ditemui mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan seorang suspek berusia 30an kini sedang diburu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Komen


Berita Berkaitan