Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Wanita Dipercayai Mangsa Bunuh Ditemukan Di Jeti

ss

KUALA LANGAT – Mayat seorang wanita tempatan dipercayai dibunuh dengan kesan cedera di bahagian kiri muka ditemukan berhampiran Jeti Kilang Megasteel di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata pihak bomba menerima panggilan 10.27 pagi tadi daripada pihak polis memaklumkan tentang mayat wanita itu yang ditemukan oleh pekerja kilang terbabit.

Mayat tanpa identiti berumur dalam lingkungan 40-an itu dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira 11.30 pagi ini, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Polis Daerah Kuala Langat Supt Azman Abd Razak ketika dihubungi berkata berdasarkan siasatan awal, kesan kecederaan di bahagian kiri muka mangsa dipercayai kesan torehan.

Beliau berkata mayat mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia tidak lebih 24 jam itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta motif kejadian. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan