Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat tercicir

9:41am 20/04/2016 Pak Roshan 13 views Global
DUA pekerja dilihat berusaha mengangkat semula mayat itu ke dalam kereta mayat.

DUA pekerja dilihat berusaha mengangkat semula mayat itu ke dalam kereta mayat.

Havana: Seorang pemandu kereta mayat dirakam memandu di sebuah kawasan simpang yang sibuk tanpa menyedari mayat dibawanya tercicir di atas jalan raya.

Rakaman itu menunjukkan pemandu berkenaan terus meninggalkan tempat itu dengan mayat yang hanya ditutup dengan selimut oren terdampar di tengah jalan.

Akibatnya pemandu lain bertempiaran mengelak melanggar mayat itu.

Orang ramai merakamkan kejadian itu di Vedado – kawasan perniagaan di Havana, ibu negara Cuba.

Rakaman itu juga menunjukkan seorang lelaki dan wanita di dalam kereta mayat itu kembali ke lokasi berkenaan, mungkin selepas menyedari kejadian itu.

Mereka dilihat cuba mengangkat mayat berkenaan ke atas pengusung, malangnya tidak cukup kuat sehingga seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ membantu mereka meletakkan semula mayat itu di dalam kereta mayat.

Video itu tersebar di Internet dan mendapat pelbagai komen termasuk ada yang menganggap ia bukti perkhidmatan buruk di Cuba akibat pemerintah komunis.

Netizen, Kenny Beltran berkata: “Lihat sajalah tahap perkhidmatan asas di Cuba.

“Ia kesan sistem pentadbiran yang buruk serta tidak produktif dan tidak berkesan.”

Seorang lagi berkata: “Perkara seperti ini hanya berlaku di negara dunia ketiga.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan