Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat terbiar 5 tahun dalam kereta

PIA
PIA

Pontiac (Amerika Syarikat): Mayat seorang wanita dijumpai mereput di dalam kereta di rumahnya selama lima tahun dan kematiannya hanya disedari selepas rumahnya dirampas pihak bank baru-baru ini.

Kehilangan wanita itu, Pia Farrenkopf tidak disedari keluarga dan rakan-rakannya kerana dia memang suka menyendiri.

Aktiviti terakhir Pia adalah pada 25 Februari 2009 apabila dia mengeluarkan wang berjumlah AS$1,500 (RM8,374) dari akaun banknya.

Pia yang bekerja sebagai pengatur cara perisian komputer membayar bayaran ansuran perumahannya secara automatik dari akaun banknya.

Wang di dalam akaun banknya dilaporkan habis pada 2013 dan pihak bank bertindak merampas semula kediaman wanita itu.

Menurut laporan Detroit Free Press, mayat wanita berkenaan hanya dijumpai dua pekerja yang diupah membaiki bumbung rumah itu yang bocor pada Disember tahun lalu.

Mayat wanita itu yang hanya tinggal tulang, dijumpai terbaring di tempat duduk belakang sebuah jip di dalam garaj di rumah berkenaan.

Mayat Pia ditemui bersama sejumlah surat yang masih belum dibuka, beberapa kotak rokok kosong dan sebotol wain.

Botol-botol kosong, pakaian dan sampah juga dijumpai bersepah di dalam rumah wanita berkenaan.

Seorang rakan mangsa, Joan Gill Strack berkata, keadaan rumah itu bertentangan dengan sifat Pia yang suka rumahnya bersih dan kemas.

Jurucakap polis, Michael Bouchard berkata, tiada kesan kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa.

“Ini menunjukkan kemungkinan mangsa mati akibat sakit atau dia membunuh diri,” katanya.

Pasukan penyiasat juga menolak wanita itu mati akibat keracunan gas karbon monoksida kerana kenderaan mangsa masih berisi minyak. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan