Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat terbiar 2 tahun

9:42am 16/01/2016 Pak Roshan 12 views Global
MAYAT Lucie ditemui di rumah ini lebih dua tahun selepas kematiannya. -

MAYAT Lucie ditemui di rumah ini lebih dua tahun selepas kematiannya.

Maine (Amerika Syarikat): Mayat seorang pesara guru muzik ditemui di rumahnya dua tahun setengah selepas kematiannya.

Mayat Lucie McNulty ditemui di dalam bilik tidurnya dan dia dipercayai mati akibat sakit jantung.

Dia dipercayai mati pada pertengahan 2013 pada usia 67 tahun.

Jiran berkata, mereka sering menghubungi polis untuk memeriksa keadaan wanita itu, namun pihak berkuasa memberi alasan ‘tidak ada sebab munasabah untuk mereka memasuki rumah berkenaan.’

Rumah di Wells, Maine itu akhirnya diserbu kerana Lucie berhutang cukai hartanah berjumlah ribuan dolar.

Jurucakap polis Wells, Gerald Congdon memberitahu Portland Press Herald: “Kami tidak pernah mempunyai sebab munasabah untuk memasuki rumah itu.

“Keadaan ini amat menyedihkan. Dia memang suka menyendiri dan sering membiarkan pintu serta tingkapnya tertutup.”

Jiran, Lois Martin berkata: “Sedihnya, sedangkan kampung ini begitu ramai penduduk, namun tidak seorangpun mempedulikannya. Tidak siapa patut mati keseorangan seperti itu.”

Polis pertama kali memeriksa rumah itu pada Julai 2013 selepas Lucie pulang dari hospital. Polis berkata, mereka tidak boleh memasuki rumahnya melainkan ada bukti seperti himpunan akhbar atau surat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan