Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat terapung genggam kunci

Anggota polis bawa mayat seorang lelaki selepas ditemui sekumpulan nelayan yang baru ke laut di Sungai Likas, berhampiran Jambatan Yayasan Sabah, di Kota Kinabalu. – Foto Junaidi Ladjana

 

KOTA KINABALU: Sekumpulan nelayan yang baru turun ke laut di Sungai Likas, berhampiran Jambatan Yayasan Sabah, di sini, petang tadi, terkejut kerana objek terapung yang ditemui mereka adalah mayat seorang lelaki.

Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui kira-kira jam 4 petang di sungai berkenaan sebelum mereka melaporkan penemuan itu kepada polis.

Nelayan, Manan Sakilan, 58, berkata sebelum kejadian dia bersama tiga rakan dengan menaiki dua bot dalam perjalanan ke laut berhampiran untuk memukat ikan.

“Ketika tiba berhampiran Jambatan Yayasan Sabah, seorang rakan memberitahu ternampak satu objek seakan manusia berpusing di pusaran Sungai Likas.

“Kami kemudian menghampirinya sebelum mendapati objek itu adalah mayat manusia sebelum menariknya menggunakan tali ke tepi sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Manan berkata, mayat itu lengkap berpakaian dan di tangannya menggenggam seutas kunci namun tidak pasti apa yang berlaku.

“Kami kemudian membatalkan hasrat untuk pergi ke laut sebelum menghubungi polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. – Oleh Junaidi Ladjana/BH Online

Komen


Berita Berkaitan