Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat teman terbang

a39a7473d18e6bf29e3cd1453b5731e5

Tanzania: Seorang wanita benar-benar diuji kesabarannya apabila terpaksa mengharungi penerbangan 10 jam ke Tanzania dengan ‘berjirankan’ mayat apabila lelaki yang duduk di sebelahnya mati dalam penerbangan.

Wanita itu yang juga wartawan Radio Sweden berkata ketika menaiki penerbangan Kenya Airways di lapangan terbang Amsterdam, dia melihat lelaki terbabit yang berusia 30-an tidak sihat kerana berpeluh dan sawan.

article-2163931-13C3710E000005DC-573_468x303

Malangnya, lelaki itu meninggal dunia selepas dua jam pesawat itu berlepas. Anak kapal terpaksa membaringkan mayatnya merentasi tiga tempat duduk dan menutupnya dengan selimut.

Wanita itu bagaimanapun mendakwa kaki mayat masih terjulur.

Walaupun tidak marah dengan kejadian berkenaan, wanita itu membuat aduan kepada syarikat penerbangan. Kenya Airways memohon maaf dan memulangkan separuh harga tambang. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan