Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat Tanpa Kepala Di Jolo Mungkin Warga Malaysia

9:40am 16/12/2015 Pak Roshan 107 views Isu Semasa,Mutakhir
Bernard Then

Bernard Then

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki jurutera dari Sarawak, Bernard Then Ted Fen, yang diculik di Sandakan, Sabah pada Mei lepas.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tubuh tersebut telah dirujuk kepada keluarga Then Isnin malam tadi untuk proses pengenalpastian.

Reezal bagaimanapun tidak mendedahkan bila dan tarikh pasukan keselamatan Filipina menemui mayat tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementeriannya di persidangan Dewan Negara di sini hari ini, sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian tersebut.

Dilaporkan, Then, 39, dipenggal kepalanya di lokasi terpencil yang menjadi kubu kuat militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Then diculik oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50.

Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 Nov lepas.

Dalam pada itu, Reezal menegaskan kerajaan sentiasa memandang serius isu penculikan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kerajaan juga menggunakan pendekatan penyelesaian secara bilateral dan multilateral bagi isu-isu yang membabitkan kes pencerobohan dan penculikan,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan