Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat seorang lelaki ditemui terapung

lemas

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui terapung dalam lingkungan 100 meter dari tebing Kampung Tanjung Aru Baru oleh orang awam.

Mangsa Zainudin Lee @Abdullah ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap.

Mangsa telah diikat  dengan tali oleh orang kampung supaya tidak dibawa ombak ke tengah laut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra mangsa disyaki telah tergelincir dan jatuh ke dalam laut.

“Siasatan lanjut dan pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa, tidak menjumpai sebarang kecederaan dan mangsa dipercayai mati lemas,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untu dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan