Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Seorang Lagi Pekerja Projek LRT Ditemui

mayat

PETALING JAYA – Mayat seorang lagi pekerja binaan warga Bangladesh, yang terperangkap dalam runtuhan lantai projek terminal LRT di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Selangor, ditemui pada 1.10 pagi ini.

Dengan penemuan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor menghentikan operasi mencari dan menyelamat setelah mangsa pertama ditemui lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Sani Harul berkata bagaimanapun, mayat lelaki itu belum lagi dikenal pasti identitinya. Mayat seorang lagi warga Bangladesh dikenali sebagai Md Suman Mollah, berumur dalam 30-an, ditemui pada 10.24 malam.

“Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kejadian lantai runtuh itu berlaku pada 4.20 petang semalam ketika enam pekerja menjalankan proses meratakan konkrit cair pada lantai di tingkat satu sebelum ia runtuh lalu menghempap dua pekerja malang itu, yang berada di tingkat bawah.

Dalam kejadian itu, dua pekerja terselamat, manakala empat orang lagi cedera dan mereka dihantar ke Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Ini merupakan insiden kedua pada tahun ini melibatkan LRT dan insiden pertama berlaku pada, 26 Jun lepas, apabila seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut setelah beberapa batang besi di tapak pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta, yang dinaiki mereka.

Besi itu terlepas dari mesin pengangkut semasa kerja mengangkat batang besi dijalankan dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan