Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat reput dikawasan bakau

9:22pm 04/11/2015 Ann Vivien 2730 views Jenayah,Tempatan
Mayat dalam kawasan bakau

Mayat dalam kawasan bakau

KOTA KINABALU: Polis telah menemui satu mayat seorang wanita dalam keadaan tertiarap yang  telah reput di kawasan bakau berdekatan tebing sungai Kampung Numbak, Alam Mesra.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pihak polis telah dimaklumkan oleh kakak kepada mangsa yang telah menemui mayat adiknya di kawasan bakau dan pihak polis telah dikerah ke tempat kejadian untuk menyiasat aduan tersebut.

“Kakak mangsa telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa mayat yang ditemui adalah adiknya berdasarkan gelang kaki yang dipakai oleh mangsa, ” katanya.

Mangsa Ula Hajul,30 yang juga merupakan seorang janda, mempunyai lima orang anak dan tidak berkerja. Dia tinggal di kawasan bakau tersebut dan telah enam hari tidak pulang ke rumah, mengikut aduan

KOTA KINABALU: Susulan daripada aduan seorang pengadu yang mendakwa menemui mayat adiknya, pihak Polis telah menemui satu mayat seorang wanita dalam keadaan tertiarap yang  telah reput di Kawasan bakau berdekatan tebing sungai Kampung Numbak, Alam Mesra.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pihak polis telah dimaklumkan oleh kakak kepada mangsa yang telah menemui mayat adiknya di kawasan bakau dan pihak polis telah dikerah ke tempat kejadian untuk menyiasat aduan tersebut.

“Kakak mangsa telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa mayat yang ditemui adalah adiknya berdasarkan gelang kaki yang dipakai oleh mangsa, ” katanya.

Mangsa Ula Hajul,30 yang juga merupakan seorang janda, mempunyai lima orang anak dan tidak berkerja. Dia tinggal di kawasan bakau tersebut dan telah enam hari tidak pulang ke rumah.

Siatan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan atau luka  pada diri mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan polis.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan