Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat remaja lelaki ditemui lemas di Empangan Babagon

LOKASI kejadian mangsa lemas di Empangan Babagon, di Penampang.
LOKASI kejadian mangsa lemas di Empangan Babagon, di Penampang.

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Empangan Babagon, petang semalam, ditemui lemas tidak jauh dari lokasi dia dipercayai hilang, tengah hari tadi.

Mayat mangsa, Ho Su Lip, 17, ditemui di dasar empangan sedalam tujuh meter itu dalam keadaan terlentang.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama beberapa rakan dan adik-beradiknya pergi ke empangan itu untuk memukat kira-kira jam 3 petang.

Lokasi mereka memukat itu dikatakan terletak kira-kira 25 meter dari tebing empangan sekali gus memerlukan mereka berenang ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang juga orang terakhir berenang ke lokasi dikatakan hilang tiba-tiba sebelum sampai ke tempat mereka memukat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Mohammad Akramin Sakirun, berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pada jam 12.07  tengah hari.

“Dalam kejadian semalam, mangsa dikatakan orang terakhir berenang ke lokasi untuk memukat sebelum rakan mereka menyedari mangsa tiada di belakang mereka.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di dasar empangan berkenaan,” katanya di sini sebentar tadi.Beliau berkata, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 petang, semalam, sebelum tiba di lokasi pada jam 6.35 petang. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan