Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Pertama Mangsa Lemas Dijumpai

Anggota bomba bawa seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang hilang ketika mandi di muara pantai Bundusan, Pengalat Besar, semalam ditemui lemas. – Foto Ihsan Bomba

 

KOTA KINABALU – Mayat seorang daripada dua mangsa lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di muara Sungai Bundusan, Pengalat Besar, Papar semalam dijumpai pagi tadi.

Mangsa Petrus Lai Chui Ming,12, ditemukan pada jam 6.50 pagi oleh sekumpulan nelayan kira-kira satu km dari kawasan mereka dilaporkan lemas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.23 petang.

“Operasi pencarian dilakukan di sepanjang persisiran pantai dan muara sungai bermula jam 6.31 petang sehingga operasi ditangguhkan pada 12.50 tengah malam tadi,” kata kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan