Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat perancang rampasan kuasa tidak disembahyangkan

8:36am 29/07/2016 Pak Roshan 27 views Global
TAPAK Kubur Untuk Penderhaka yang disediakan pihak berkuasa Istanbul. - AP

TAPAK Kubur Untuk Penderhaka yang disediakan pihak berkuasa Istanbul. – AP

Istanbul: Pihak berkuasa bandar raya ini mewujudkan sebuah tanah perkuburan yang dinamakannya Tanah Perkuburan Penderhaka, khusus untuk mengebumikan perancang rampasan kuasa yang terbunuh dalam cubaaan menggulingkan kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan 15 Julai lalu.

Ia terletak tidak berjauhan dengan kawasan perlindungan baru untuk anjing yang masih dalam pembinaan di timur Istanbul.

Cubaan rampasan kuasa itu meragut kira-kira 290 nyawa, termasuk 24 perancang rampasan kuasa.

“Kami sudah menyediakan tempat untuk mengebumikan penderhaka. Semoga orang ramai yang melalui kawasan tanah perkuburan itu akan menyumpah mereka dan memastikan roh mereka tidak tenang di dalam kubur itu,” kata Datuk Bandar Istanbul, Kadir Top- bas.

Langkah menyediakan tanah perkuburan itu dibuat ketika kerajaan Turki melancarkan operasi pembersihan yang sehingga semalam menyaksikan hampir 16,000 orang ditahan, termasuk kira-kira 10,000 tentera.

Lebih buruk lagi, Direktorat Hal Ehwal Agama mengarahkan supaya jenazah suspek perancang kuasa yang terbunuh tidak dimandi dan sembahyangkan.

Menurut saksi, setakat ini, hanya satu mayat dikebumikan di situ, tanpa sebarang upacara keagamaan.

Menurut media tempatan, ia jenazah Mehmet Karabekir, kapten berusia 34 tahun dan bapa dua anak.

Ibunya dilaporkan enggan menuntut mayatnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan