Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Pemancing Hilang Dijumpai Dengan Kesan Gigitan Buaya

Mayat pemancing yang dipercayai dibaham buaya dibawa ke Hospital Lahad Datu. FOTO Ainul Durmahyanti Durming
Mayat pemancing yang dipercayai dibaham buaya dibawa ke Hospital Lahad Datu. FOTO Ainul Durmahyanti Durming

LAHAD DATU :  Lelaki yang hilang ketika memancing di Sungai Kampung Sabah Baru Peringkat Satu pada Ahad lepas, dijumpai mati dengan kesan dipercayai gigitan buaya di bahagian perut dan tangan, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata mayat Ainajil Sambutuk, 30-an ditemukan kira-kira pukul 12.04 tengah hari tadi di kawasan bakau sungai berkenaan.

“Ketika ditemui pasukan pencari dan penyelamat, terdapat kesan gigitan buaya terutamanya di bahagian perut yang hancur dan anggota tangan kanannya hilang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari disambung pagi tadi dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung setelah ditangguh petang semalam.

Semalam, satu operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh bomba selepas menerima laporan berkaitan seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di sungai itu.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan