Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Pekerja Sabah Flour & Feed Mills Dijumpai

gambar hiasan

 

LABUAN – Mayat seorang pekerja Sabah Flour and Feed Mills yang dipercayai lemas, dijumpai di dasar laut berhampiran jeti di Zon Perindustrian Rancha-Rancha, di sini malam tadi.

Satu pasukan mencari dan menyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjumpai mayat Latif Ibrahim Goh, 37, pada pukul 9.55 malam, kira-kira 10 meter dari jeti, tempat dia dilaporkan jatuh.

Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertututup, lelaki itu berjalan seorang diri sebelum tergelincir dan jatuh dari jeti pada pukul 7 malam,

“Kami diberitahu mangsa tidak tahu berenang,” katanya kepada Bernama.

Che Adnanj berkata mayat mangsa sudah dinaikkan ke jeti oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan serta dihantar ke hospital untuk bedah siasat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan