Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Nelayan Lemas Ditemukan Di Perairan Pulau Puru-puru

Mayat Nelayan Lemas Ditemukan Di Perairan Pulau Puru-puru – Foto BOMBA

 

BELURAN, 14 Nov – Mayat seorang nelayan yang hilang semalam ditemukan terapung di perairan Pulau Puru-Puru berhampiran Pulau Keniogan dekat sini hari ini.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Almar, 30, ditemukan pada kira-kira jam 1.30 petang.

Katanya pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dan Beluran dihantar ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dimulakan pada jam 12.37 tengah hari dan mayat mangsa ditemukan sejam kemudian.

Menurut Anddre mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis dan dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Mayat Nelayan Lemas Ditemukan Di Perairan Pulau Puru-puru – Foto BOMBA

Komen


Berita Berkaitan