Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Nelayan Dipercayai Dibaham Buaya, Ditemui Di Sungai Kinabatangan

gambar hiasan
gambar hiasan

KINABATANGAN : Mayat seorang nelayan dipercayai hilang akibat dibaham buaya semalam, ditemui terapung di Sungai Kinabatangan di Kampung Sukau, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rosemedian Abdul Majid berkata mangsa yang dikenali sebagai Munir Sahid, 44, ditemui penduduk kampung kira-kira 2.57 petang.

Rosemedian berkata Munir keluar ke sungai untuk memeriksa bubu udang kira-kira 4 petang semalam, namun tidak pulang ke rumah sehingga 8 malam.

“Penduduk kampung berusaha mencari Munir pada malam semalam, namun gagal sehingga mayatnya ditemui petang tadi,” katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau berkata lima anggota bomba bersama sebuah kenderaan utiliti dan sebuah bot diarahkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.10 petang tadi.

Katanya mayat Munir dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan