Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Nahas AirAsia Akan Diterbangkan Ke Surabaya

aa

JAKARTA – Kesemua mayat nahas pesawat AirAsia QZ8501 akan diterbangkan ke Surabaya untuk dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Laporan sebuah portal berita Suara.Com hari ini memetik jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (SAR) Bambang Soelistyo sebagai berkata dalam operasi tengah malam semalam hingga awal pagi tadi, pasukan SAR menemukan tiga lagi mayat iaitu seorang wanita yang berpakaian pramugari dan dua lelaki.

“Dalam pencarian dari tadi malam hingga pagi ini, sudah kita temukan tiga jenazah. Satu perempuan yang berpakaian pramugari, dan dua laki-laki,” kata Bambang.

Katanya, mayat berkenaan akan diterbangkan ke Surabaya, setelah dibersihkan di Pangkalan Bun.

Beliau juga berkata, dengan penemuan tiga mayat itu, setakat ini sebanyak enam mayat telah ditemukan dalam operasi SAR di kawasan peraiaran berkenaan sejak semalam.

Kesemua mayat itu ditemukan terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan