Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,770

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat Marcos pakai topeng selama 23 tahun

8:47am 25/11/2016 Pak Roshan 4805 views Global

marcos

Manila: Seorang pengurus mayat mendedahkan, mayat bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos yang diawet dan dipamerkan selama 23 tahun adalah asli tetapi wajahnya dipakaikan topeng lilin.

Frank Malabed menjadi pilihan untuk mengawet mayat selebriti dan ahli politik berprofil tinggi berkata, wajah Marcos terpaksa dipakaikan topeng dan memakai rambut palsu kerana ia sudah reput.

“Wajah yang kita lihat sebelum ini adalah topeng lilin tetapi badannya asli dan tidak perlu disembunyikan kerana ditutup dengan pakaian,” katanya.

Mayat Marcos akhirnya dikebumikan di Makam Pahlawan di Manila pada minggu lalu selepas 27 tahun kematiannya.

Baru-baru ini timbul spekulasi Marcos sebenarnya dikebumikan secara rahsia beberapa tahun lalu dan mayat dipamerkan itu hanya patung lilin.

Malabed mengawet mayat Marcos di Hawaii sebelum mendiang dibawa pulang ke Filipina pada 1993 dan dipamer dalam keranda kaca. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan