Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat mangsa serangan buaya ditemui

 

MANGSA SERANGAN BUAYA.... kesan gigitan buaya ditemui di badan mangsa.
MANGSA SERANGAN BUAYA…. kesan gigitan buaya ditemui di bahagian bahu dan tangan mangsa.

KOTA KINABATANGAN – Seorang lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang di Sungai Sangau di sini pada Ahad lepas, akhirnya ditemui kira-kira satu meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, pada jam 3.45 petang hari ini.

Bagaimanapun, mangsa telahpun meninggal dunia dipercayai akibat serangan buaya berikutan penemuan kesan gigitan di bahagian bahu dan tangan mangsa oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

“Mangsa dikenalpasti sebagai Hussin bin Arid berumur 40 tahun dan bekerja sebagai pekerja ladang,” kata Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, Mohd Affendy K.Ramin di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 4.30 petang Ahad lepas, mangsa dilaporkan hilang dan disyaki dibaham oleh seekor buaya ketika sedang menjala ikan di sungai tersebut.

Rakan mangsa yang terlihat kejadian itu cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya sebelum segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan