Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Lelaki Warga Indonesia Jatuh Sungai Ditemui

lemas

JEMPOL – Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang terjatuh ke dalam Sungai Muar-Rompin dekat sini petang semalam, ditemui kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian, tengah malam tadi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Zulkifli Che Noh berkata mayat Mochamad Mardjono, 40, dijumpai bertopi keledar tanpa pakaian pada 12.05 tengah malam.

“Difahamkan mangsa merupakan orang kurang siuman yang terjatuh ke dalam sungai berkenaan. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sebanyak 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Jempol dan Gemas dengan sebuah jentera dan dua bot bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 7.53 malam untuk operasi mencari dan menyelamat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan