Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Lelaki Warga Asing Ditemui Dengan Kesan Tembakan

DITEMBAK

SANDAKAN – Seorang lelaki warga asing ditemui mati di dalam rumahnya di kawasan setinggan Mangkalinau Batu 3 Jalan Utara dekat sini, hari ini.

Sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.30 pagi.

Mangsa dipercayai warganegara Filipina berusia lingkungan 50-an dan mayatnya ditemui dengan kesan tembakan di badannya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan dan menyiasat untuk menentukan motif.

Katanya, polis tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini untuk bedah siasat. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan