Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat lelaki tempatan ditemui di bawah pondok

Mayat mangsa yang ditemui di bawah pondok
Mayat mangsa yang ditemui di bawah pondok

MENGGATAL:Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati di bawah pondok yang telah terbakar pagi tadi.

Mangsa Mohd. Dinor Bin Karim, 32 tahun yang tinggal di Kampung Padas Tebobon ditemui terbaring di bawah pondok itu selepas seorang pengadu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Supt.Mohd Azhar Hamin,siasatan di tempat kejadian mendapati  sebuah pondok dalam keadaan terbakar dan mangsa  dalam keadaan terbaring di bawah pondok tersebut  sambil memegang wayar serta kunci dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa.

“Pihak polis telah membawa mayat tersebut Hospital Queen Elizabeth  untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, “katanya. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan