Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat Lelaki Tanpa Tangan & Kaki Dipercayai Dibaham Buaya

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

BELURAN – Mayat seorang lelaki tanpa tangan dan kaki dipercayai dibaham buaya ditemukan terapung di Sungai Paitan di Kampung Kabuluh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Ramsah Alau, 57, dan mayatnya ditemukan pada kira-kira 7.40 pagi oleh penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pitas untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya semalam anak perempuan mangsa melaporkan bapanya keluar rumah pada pukul 9 pagi semalam untuk menebas rumput di kawasan kebun berhampiran rumah lama mereka di kampung itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga pukul 3 petang, mangsa belum balik ke rumah dan anak perempuan itu meminta bantuan penduduk kampung mencari bapanya.

Katanya penduduk kampung kemudian menemukan selipar berwarna biru dan topi putih milik Ramsah di tebing sungai berhampiran kebunnya.

Sivanathan berkata pada pukul 5.35 petang, pihaknya telah dimaklumkan oleh dua penduduk kampung bahawa mereka ada ternampak seekor buaya yang timbul dan mengigit sesuatu objek seperti manusia berpakaian putih kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata susulan itu operasi mencari dilancarkan hari ini melibatkan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

Katanya polis telah menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya mengambil langkah keselamatan berikutan insiden serangan buaya itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan