Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat lelaki lemas ketika memancing ditemui

KINARUT: Mayat seorang lelaki berusia 55 tahun ditemui di tepi pantai Pulau Dinawan, pagi tadi oleh orang awam selepas dilaporkan hilang kerana dikhuatiri lemas ketika memancing kelmarin.

Anggota keselamatan telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.50 malam semalam dan pasukan penyelamat telah tiba di lokasi kejadian pada jam 12.07 pagi.

Menurut pihak bomba, mangsa Asbi Alidin telah ditemui oleh orang awam di tepi pantai berkenaan lebih kurang jam 8.00 pagi tadi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang melibatkan 12 orang anggota itu tamat pada jam 9.05 pagi. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan