Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat lelaki lemas ditemui

12:54pm 08/02/2016 Leolerry Lajius 763 views Tempatan
Lokasi mayat mangsa ditemui.

Lokasi mayat mangsa ditemui.

SIPITANG: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan lemas di sungai Kampung Kabar ditemui oleh pasukan bomba selepas menjalankan operasi mencari dan penyelamat.

Mayat mangsa Ridwan bin Saidin, 25, ditemui di lokasi kejadian pada jam 8.37 pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.25 petang kelmarin tetapi operasi terpaksa ditangguhkan pada 7.07 malam kerana faktor cuaca dan keadaan persekitaran yang merbahaya serta alamat yang diberikan oleh pemanggil tidak tepat.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan