Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat Lelaki Hilang Ditemukan Terapung Di Perairan Tanjung Batu

1:31am 28/06/2016 Pak Roshan 727 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Mayat seorang lelaki warga Filipina yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Tanjung Batu di sini semalam, ditemukan hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 17 Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid berkata mayat Asmara Marajal, 30, ditemui terapung tiga batu nautika dari perairan Tanjung Batu oleh nelayan pada 11 pagi tadi.

Beliau berkata mayat Asmara kemudian dibawa oleh pasukan bomba ke Kampung Tanjung Batu dan diserahkan kepada waris mangsa.

“Mangsa keluar ke laut untuk memancing dan dilaporkan hilang selepas botnya ditemui terbalik oleh nelayan kira-kira 12 tengah hari, semalam,” katanya di sini.

Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada 3.30 petang semalam, yang turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Pertahanan Awam.

Mohd Khairulanuar berkata operasi SAR ditangguh pada 6 petang semalam, berikutan keadaan semakin gelap dan disambung semula 6 pagi tadi.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan