Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat lelaki ditemui terbaring di kawasan tebing pokok buluh

11:24pm 06/11/2015 Leolerry Lajius 827 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan

INANAM: Satu mayat lelaki penghidap asma warga tempatan  berumur 75 tahun ditemui terbaring di kawasan tebing pokok buluh jalan Bantayan, Inanam tengah hari tadi.

Mangsa Lingkubu@ Abd Wahid yang tinggal di Kampung Bantayan, ditemui oleh  anak perempuan mangsa dalam keadaan terbaring di tebing pokok buluh tersebut lalu membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra, siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal seorang diri sejak tahun 2010 telah keluar dari rumahnya pada jam 3.00 petang isnin lalu untuk mencari buluh namun tidak kembali ke rumahnya sehinggalah mayatnya ditemui.

Tiada unsur jenayah yang dikesan pada mayat mangsa  dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

Mayat mangsa yang ditemui terbaring di kawasan tebing pokok buluh

Mayat mangsa yang ditemui terbaring di kawasan tebing pokok buluh

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan