Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat lelaki ditemui selepas sebulan meninggal dunia

6:22pm 14/04/2016 Leolerry Lajius 542 views Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 63 tahun ditemui  meninggal oleh rakan mangsa selepas rakan mangsa pergi ke rumah sewa mangsa kerana telah lama tidak berhubung.

Mangsa Au Fook Choi @ Au Ban, yang tinggal sendirian di rumah sewa tersebut merupakan seorang peguam namun berhenti kerana mempunyai masalah pada telinga yang menyebabkan mangsa tidak dapat mendengar.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia di dalam sebuah bilik dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi rotan berhadapan dengan sebuah meja dan sebuah laptop yang masih dalam keadaan terpasang (hidup) serta penghawa dingin juga dalam keadaan terpasang (hidup).

“Mengikut pengadu yang mengenali mangsa lebih kurang 30 tahun, mangsa telah duduk di rumah sewa yang juga di jadikan pejabat lebih kurang 10 tahun bersendirian.”

“Pengadu datang mencari mangsa di rumah sewa mangsa disebabkan, lebih 2 bulan mangsa tidak menghubungi pengadu dan pada kebiasannya, mangsa akan menghubungi pengadu lebih kurang 2 kali seminggu untuk keluar minum. Mangsa disyaki telah meninggal dunia lebih kurang sebulan berpandukan pada keadaan mayat mangsa,”katanya.

Siasatan lanjut ditempat kejadian tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jenayah dan tiada tanda-tanda rumah dipecah masuk.

Mangsa telah di hantar ke Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan