Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mayat lelaki ditemui di Sinsuran

- Gambar Hiasan
– Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun ditemui meninggal dunia oleh orang awam di dalam sebuah bilik di Tingkat Dua, Blok E Sinsuran di sini pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan selepas Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 6.20 petang semalam.

“Pemeriksaan polis di lokasi kejadian kemudian menemui mayat seorang lelaki terbaring di atas lantai dan dipercayai maut akibat serangan angin ahmar berikutan tiada kesan kecederaan pada badan mangsa terbabit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam kes berkenaan berikutan tiada kesan pecah masuk atau pergelutan berlaku di samping barangan milik mangsa di lokasi kejadian juga didapati tidak hilang.

“Seorang anak lelaki mangsa memaklumkan kepada polis bahawa ayahnya telah lama mengidap penyakit alzahmir, darah tinggi serta kencing manis kronik dan tinggal bersendirian di dalam bilik terbabit,” katanya sambil menambah kes diklafikasi sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Thien Chee Henn itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.

–  Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan