Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,700

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat lelaki ditemui di bot Tropika

3:33pm 02/04/2016 Leolerry Lajius 1436 views Tempatan
Keadaan mayat mangsa ketika ditemui oleh rakan sekerja mangsa.

Keadaan mayat mangsa ketika ditemui oleh rakan sekerja mangsa.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri dan disyaki telah telah meninggal dunia oleh rakan mangsa di sebuah bot  bernama Tropika yang diletakkan di Jeti Marina Sutera Harbour, pagi tadi.

Mangsa Justinus Micheal, 54, ditemui oleh rakan sekerjanya di bot tersebut lebih kurang jam 8.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, kawan mangsa telah memanggil mangsa beberapa kali tetapi tidak dijawab dan telah mendapati mangsa dalam keadaan mengiring di mana tangan sebelah kanan terjulur ke atas dan kaki mangsa di atas lantai bot. Kawan mangsa telah mengerakkan mangsa sebanyak dua kali tetapi tiada tindak balas dari mangsa.

“Pegawai perubatan telah dihubungi dan hasil pemeriksaan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Dr. Aiza Salleh dari Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah.”

“Punca kematian belum dapat dipastikan dan mayat di bawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bot tersebut merupakan milik syarikat Tropika Events and Travel Sdn.Bhd dan mangsa telah bekerja pada 1 April dan  tidak balik sehingga dijumpai oleh kawannya.

Mangsa bekerja sebagai Second Engineer di Tropika Events and Travel Sdn Bhd selama 1 bulan 2 hari.

Tiada sebarang unsur jenayah atau sebarang kesan kecederaan pada diri mangsa dan bilik enjin bot tropikal telah diperiksa dan didapati tiada sebarang kesan pecah masuk atau senjata ditemui. Punca kematian masih dalam siasatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan