Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Dipukul

8:20pm 14/02/2016 Pak Roshan 3087 views Jenayah,Mutakhir

maut

SANDAKAN : Mayat seorang nelayan dipercayai dibunuh ditemui di tepi Jalan Old Slip Way Bandar Sandakan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain yang tidak mendedahkan nama mangsa berkata mayat lelaki berusia 20 tahun itu ditemui pada 4.45 pagi oleh orang awam.

Katanya siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat lelaki itu dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan kepala.

“Tiada sebarang senjata ditemui,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya dua rakan mangsa yang berada bersama mangsa semasa kejadian itu berkata, ketika mereka sedang makan di tepi jalan tiba-tiba seorang lelaki datang dan terus memukul mangsa di bahagian kepala.

Katanya kedua-dua rakan mangsa terus melarikan diri.

Zabidi berkata punca kejadian masih lagi disiasat dan polis mengerakkan operasi mengesan suspek dalam kes itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan